Isnin, 25 April 2011

Lapan pelajar samseng didakwa

SEBAHAGIAN daripada lapan pelajar diiring keluar dari Mahkamah Majistret Marang semalam selepas mengaku bersalah menceroboh sebuah sekolah dan mencederakan seorang pelajarnya 7 April lalu.
MARANG: Lapan pelajar sebuah sekolah menengah di Bukit Payung dekat sini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas dakwaan menceroboh sebuah sekolah dan mencederakan seorang pelajarnya 7 April lalu.

Kesemua mereka yang berusia di antara 15 dan 17 tahun tersebut mengaku bersalah atas tuduhan itu di hadapan Majistret Nur Azizah Yusof. Pertuduhan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Mahathir Mohd. Yusof.

Pendakwaan terhadap tiga pelajar tingkatan tiga, tingkatan empat (1) dan tingkatan lima (4) itu dilakukan secara tertutup dengan dihadiri ahli keluarga masing-masing.

Mengikut pertuduhan pertama, kesemua tertuduh didakwa telah menceroboh di antara pukul 11 dan 11.30 pagi di kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Durian Guling, Bukit Payung pada hari kejadian.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Sesyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda tidak melebihi RM3,000 atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan mendatangkan kecederaan, tertuduh di lokasi dan waktu sama didakwa dengan sengaja mencederakan seorang pelajar tingkatan lima sekolah berkenaan./kosmo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan