Isnin, 25 April 2011

Hukuman rogol, liwat pelajar kekal

SALAH seorang tertuduh, Shahril (kiri) keluar dari Mahkamah Tinggi Alor Setar semalam dengan ditemani dua ahli keluarganya selepas rayuannya ditolak semalam
ALOR SETAR: Mahkamah Tinggi di sini semalam menolak rayuan tiga sekawan dan mengekalkan hukuman penjara di antara tiga dan 18 tahun serta sebatan ke atas mereka yang didapati bersalah atas tuduhan merogol dan meliwat seorang pelajar kolej di sini lapan tahun lalu

Hakim Datuk Mohamad Azman Husin dalam prosidingnya menyebut wujud kes prima facie dan pihak perayu gagal membangkitkan keraguan di atas perintah Mahkamah Sesyen sebelum ini.

Hakim Mahkamah Sesyen, Chan Jit Li 25 Februari tahun lalu menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan lima sebatan ke atas tertuduh pertama, Shahril Ahmad, 34, manakala tertuduh kedua, Mohamad Fadzli Mohamad Fidzon, 33, dijatuhi hukuman penjara enam tahun serta tiga sebatan dan Farizan Fadzil, 25, kekal dengan hukuman penjara tiga tahun.

Shahril dan Mohamad Fadzli diwakili peguam Ismail Khoo, manakala Farizan diwakili peguam Rajadevan.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Norhayati Ibrahim.

Menurut pertuduhan, Shahril telah merogol mangsa di atas batas bendang, tepi parit, Kampung Hujung Alor, Anak Bukit kira-kirapukul 12.15 tengah malam pada 20 Mac 2003.

Mengikut kesalahan itu tertuduh didakwa di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK) yang dibaca bersama Seksyen 109 akta sama.

Shahril turut menghadapi dua lagi tuduhan iaitu persetubuhan yang bertentangan aturan tabii yang boleh didakwa mengikut Seksyen 377A KK./kosmo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan