Rabu, 11 April 2012

Mayat mangsa bunuh ditemui dalam semak

SEREMBAN: Kehilangan seorang lelaki akhirnya terjawab apabila mayatnya ditemui sekitar kawasan semak dekat Jalan Seremban - Mantin, di sini Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira 7.30 malam itu, mangsa yang dikenali sebagai A Thiruna Vukarus, 43, ditemui mati dipercayai dibunuh sebelum dicampak dekat kawasan berkenaan.

Mangsa yang bekerja di Thailand sebelum ini dilaporkan hilang selama semingggu berdasarkan laporan polis dibuat keluarganya.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, hasil bedah siasat mendapati mangsa mati akibat dipercayai dipukul dengan objek tajam dan polis tidak menafikan bahawa mangsa sudah mati beberapa hari lalu dan dibunuh di tempat lain.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban di talian Hotline 06-7619999./sinarharian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan