Khamis, 8 Mac 2012

Anggota polis didakwa cabul anak kandung

GEORGETOWN: Seorang anggota polis hari ini dituduh mencabul kehormatan anak kandungnya sembilan bulan lalu. Penjawat awam berusia 54 itu, didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat untuk mencabul kehormatan anaknya berusia enam tahun dengan memasukkan jari ke dalam kemaluannya.

Dia didakwa di Mahkamah Majistret di sini melakukan kesalahan itu di berek polis, Lebuh Raya Thean Teik, Bandar Baru di sini, kira-kira jam 4 petang, 10 Jun lalu.

Lelaki itu, dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang mengenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda atau sebat atau mana-mana daripada itu, jika sabit kesalahan.

Majistret Noor Aini Yusof membenarkan anggota polis itu diikat jamin RM4,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 5 April ini untuk sebutan semula dan serahan dokumen.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Azizah Jaafar mengendalikan pendakwaan./sinarharian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan