Ahad, 17 Jun 2012

Mati ditolak pesakit ginjal

KLANG: Gara-gara salah faham ketika menjalani rawatan dialisis buah pinggang Taman Desa Utama, di sini, seorang lelaki maut selepas ditolak seorang lagi pesakit yang turut datang bagi mendapatkan rawatan di tempat sama, Selasa lalu.
Kejadian jam 8 malam itu bermula apabila Leow Peng Seng, 56, datang ke pusat dialisis untuk mendapatkan rawatan sakit buah pinggang.

Namun ketika menjalankan rawatan, berlaku pertengkaran di antara Leow dan suspek sebelum mangsa ditolak sehingga jatuh dan dipukul dengan beg di luar premis.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, berikutan kejadian itu, mangsa cedera di kepala dan dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk rawatan lanjut, kelmarin.

Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk rawatan lanjut kerana doktor mendapati wujud darah beku kepalanya sebelum disahkan meninggal dunia jam 12.50 tengah malam, semalam.

Mohamad berkata, hasil siasatan lanjut, polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 34 tahun di sekitar Klang yang juga pesakit di pusat berkenaan sejak 2009.

Katanya, polis turut menerima laporan daripada pihak pusat dialisis itu mengenai kejadian itu.

“Suspek kini ditahan reman untuk polis menjalankan siasatan lanjut mengenai kejadian itu.

“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh dan sabit kesalahan akan membawa hukuman mati,” katanya./hmetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan