Isnin, 11 April 2011

Anak diculik turut dinoda

Anak diculik turut dinoda
ALOR SETAR: Dua beradik perempuan berumur 13 dan 12 tahun bukan saja melalui detik mencemaskan apabila dilarikan seorang lelaki lebih 17 jam, malah seorang daripada mangsa dipercayai dirogol sebelum diselamatkan bapa mereka keesokan harinya.

Sebelum kejadian culik itu, kedua-dua mangsa berjalan untuk pergi ke sebuah kedai berhampiran rumah mereka di Kampung Perepet, Kota Sarang Semut, kira-kira jam 5.30 petang, kelmarin apabila didatangi seorang lelaki berusia 20-an yang menaiki sebuah Perodua Kancil berwarna perak.
DITAHAN...suspek yang ditahan.Lelaki itu menarik tangan kedua-dua mangsa masuk ke dalam keretanya dan melarikan mereka ke Yan untuk menemui rakan suspek.
 

Mangsa merayu suspek supaya menghantar mereka pulang, bagaimanapun suspek enggan berbuat demikian sebaliknya suspek membawa mangsa meronda-ronda sekitar pantai di Kuala Sala dan Pendang.

Difahamkan seorang daripada mangsa dirogol suspek ketika mereka berhenti tidur di dalam kereta di Tokai, Pendang.


Bagaimanapun, dua beradik itu diselamatkan bapa mereka yang melihat kelibat dua anaknya dalam kereta dipandu suspek di Simpang Empat, Kuala Sala pada jam 10 pagi semalam, ketika berusaha mencari mereka dengan menunggang motosikal.

Dia mengekori Perodua Kancil suspek kira-kira 12 kilometer sehingga kereta itu kehabisan minyak di Tebengau, Kuala Kedah, dekat sini, sebelum menahan suspek.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Azaman Mohd Jan, berkata bapa mangsa yang bekerja sebagai pesawah membuat laporan kehilangan anaknya pada Sabtu lalu, kira-kira jam 8.30 malam.

“Bapa mangsa terkejut diberitahu anak lelakinya bahawa kedua-dua kakaknya yang berusia 13 dan 12 tahun tiada di rumah pada malam itu.

“Bagaimanapun, keesokan harinya bapa mangsa yang menaiki motosikal ternampak kedua-dua anaknya berada di dalam sebuah Perodua Kancil berwarna perak yang dipandu seorang lelaki yang tidak dikenalinya di kawasan Kuala Sala, kira-kira jam 10 pagi.

“Dia mengekori kereta itu sehingga stesen minyak Tebengau dan menahan kereta terbabit sebelum membawa suspek ke Balai Polis Kuala Kedah,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau berkata, bapa mangsa membuat satu lagi laporan berhubung dakwaan anaknya dipercayai dirogol suspek terbabit.

“Mangsa mengadu ada melakukan hubungan seks dengan suspek di Mukim Bendang Tokai, Pendang pada malam berkenaan.

“Kami juga membawa gadis berkenaan untuk pemeriksaan di hospital kerana seorang daripadanya mengakui ada melakukan hubungan seks pada sebelah malam dia mendakwa dilarikan lelaki terbabit,” katanya.

Azaman berkata, suspek berusia 21 tahun ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan boleh dipenjara 20 tahun serta sebatan./hmetro

Jaga perkosa anak jiran dalam bank

JITRA: Helah seorang pengawal keselamatan yang kononnya mahu menawarkan pekerjaan kepada anak seorang jirannya di sebuah bank di Changlun, dekat sini, bertukar tragedi apabila suspek melempiaskan nafsu serakahnya terhadap mangsa, Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi, mangsa yang berusia 16 tahun itu mengikut lelaki berusia 55 tahun yang layak dipanggil bapa itu selepas dipelawa untuk ke bank berkenaan kerana mangsa berhasrat mencari kerja.

Mangsa yang tidak bersekolah itu gembira apabila diberitahu ada peluang pekerjaan selepas dimaklumkan suspek dan mengikut lelaki itu menunggang motosikal tanpa mengetahui niat suspek.

Setibanya di dalam bank berkenaan, suspek membawa mangsa masuk dan menutup pintu memandangkan bank tidak beroperasi pada hari itu kerana cuti hujung minggu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Deputi Superintendan Ibrahim Mohd Yusof, berkata suspek merogol mangsa berulang kali sebelum menghantar mangsa pulang ke rumahnya di sebuah kampung, di Jalan Changlun, di sini.

“Mangsa memaklumkan perkara itu kepada bapanya yang berusia 42 tahun sebelum membuat laporan di Balai Polis Changlun tidak lama kemudian.

“Suspek yang berkhidmat dengan sebuah syarikat keselamatan itu ditahan ketika bertugas di sebuah bank lain di daerah ini, Selasa lalu kira-kira jam 11 pagi untuk membantu siasatan berhubung kes itu,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, semalam.

Ibrahim berkata, mangsa yang juga anak kedua daripada tiga beradik itu tinggal bersama bapanya manakala ibunya sudah meninggal dunia dan dipercayai baik dengan suspek yang juga jirannya.

Katanya, mangsa dibawa bapanya ke Hospital Jitra (HJ) untuk menjalani pemeriksaan dan hasil laporan perubatan mendapati terdapat kesan koyakan pada kemaluan mangsa.

Beliau berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan dan mangsa kini direman seminggu sejak Khamis lalu untuk membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol gadis bawah umur,” katanya.

Semalam, suspek bersama seorang lelaki yang disyaki bomoh ditahan polis kerana disyaki merogol dibawa ke HJ untuk diambil sampel darah dan pemeriksaan kesihatan untuk membantu siasatan.

Bomoh yang juga pembantu kolam ternakan udang di Kerpan, di sini, kini masih direman sejak Khamis lalu selepas seorang pelajar tingkatan lima bersama bapanya membuat laporan dirogol suspek berusia 36 tahun itu ketika mendapatkan rawatan bantuan mengusir makhluk halus.

Mereka pergi ke rumah suspek kira-kira jam 8.30 malam di rumahnya di Simpang Kemboja, Ayer Hitam, di sini, bersama bapanya untuk mendapatkan khidmat mengusir hantu yang kemudian dipercayai dipukau sebelum dirogol./hmetro

Khamis, 7 April 2011

Pelacur menangis kena tahan

KUALA LUMPUR: Serbuan polis di sebuah pusat refleksologi dekat Jalan Klang Lama di sini malam kelmarin dikejutkan dengan tangisan salah seorang pekerja seks apabila jurugambar mengambil gambarnya.

Pekerja seks berusia 23 tahun itu sambil menangis berkata, dia tidak terlibat dengan kegiatan tidak bermoral yang dilakukan dalam premis tersebut.
Sebaliknya dia mendakwa dirinya menjadi mangsa keadaan kerana ketika serbuan dia datang ke premis tersebut untuk mengambil kunci rumah daripada kakaknya yang bekerja di situ.
Bagaimanapun, menurut Ketua Operasi, Asisten Komisioner Shahrul Nizam Jaafar, dakwaan pekerja seks dari negara China itu tidak berasas kerana pemeriksaan ke atas dirinya menemukan wang tunai RM7,000 dipercayai hasil kutipan perniagaan seks pada malam tersebut.
"Polis menemui wang tunai dan ketika serbuan dilakukan, wanita itu bertugas sebagai orang tengah antara pekerja seks dengan pelanggan./kosmo

Diperkosa bergilir-gilir dalam semak

KUALA LUMPUR: Seorang gadis yang terlalu mudah mempercayai seorang lelaki yang juga jirannya akhirnya dirogol bergilir-gilir dalam satu kawasan semak di Batu Arang, Rawang, Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa yang berusia 15 tahun termakan pujuk rayu untuk mengikut lelaki terbabit yang berusia 26 tahun dengan alasan ingin dibawa bersiar-siar.

Menurut sumber, mangsa dan suspek bertemu di sebuah pusat membeli belah di Bukit Bintang sebelum dipelawa untuk dihantar pulang ke rumahnya di Taman Aman, Sea Park, Petaling Jaya dengan menaiki motosikal jenis RXZ.

“Mangsa kemudian bersetuju dan tidak mengesyaki apa-apa yang buruk bakal berlaku kerana mereka tinggal berjiran.

“Sebaik menunggang motosikal, suspek kemudian memberitahu ingin singgah sebentar di kawasan Chow Kit bagi berjumpa rakannya,” katanya./hmetro

Penjenayah Indonesia samun dua buah rumah

AMPANG: Lima lelaki dipercayai warga Indonesia bersenjatakan parang memecah masuk dua buah rumah berjarak 500 meter di Kampung Tengah di sini Jumaat lalu sebelum melarikan barang berharga serta wang tunai dianggarkan bernilai kira-kira RM30,000. 

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, dalam kejadian pertama kira-kira jam 3.30 pagi itu, suspek yang menggunakan penutup muka memecah masuk melalui pintu hadapan rumah sepasang suami isteri itu. 

Menurutnya, suspek mengumpil pintu hadapan rumah itu sebelum memecahkan pintu bilik mangsa. 

“Suspek kemudian mengacukan parang bagi menakut-nakutkan mangsa tetapi tidak mencederakan mereka sebaliknya mengikat kedua-duanya. 

“Kelima-lima lelaki itu menggeledah rumah itu sebelum melarikan barang berharga, barang kemas serta wang tunai yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM30,000,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam. 

Menurutnya, suspek kemudian memecah masuk rumah kedua yang jaraknya kira-kira 500 meter daripada lokasi pertama kira-kira jam 5 pagi. 

Dalam kejadian itu, mangsa yang merupakan seorang pengawal keselamatan diikat bersama-sama enam lagi mangsa di dalam rumah itu. 

Amiruddin berkata, pistol jenis Magnum tanpa peluru milik pengawal keselamatan yang disangkakan hilang dikebas penyamun itu bagaimanapun akhirnya ditemui semula di dalam rumah itu. 

“Pada mulanya, pistol itu dikhuatiri dilarikan suspek tetapi akhirnya ia berjaya ditemui semula di dalam rumah itu juga,” katanya. 

Menurutnya, kedua-dua kes itu disiasat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan. 

Katanya, tiada tangkapan dibuat setakat ini dan siasatan sedang giat dijalankan bagi mengesan suspek./sinarharian

Ke mana hilang empat gadis remaja ini?

NIBONG TEBAL 5 April: Ke manakah mereka pergi? Itulah persoalan yang menyelubungi misteri kehilangan empat gadis remaja termasuk sepasang adik-beradik yang tidak pulang ke rumah selepas keluar ke sekolah hari ini.

Pasangan adik-beradik itu, Beh Chin Yuan, 15, dan Beh Ee Xuan, 14, dipercayai hilang bersama dua rakan karib mereka iaitu Ong Shi Nee, 15, dan Soon Shi Xian, 15.

Keempat-empat remaja terbabit meninggalkan nota serta khidmat pesanan ringkas (SMS) yang memaklumkan bahawa mereka akan ‘pergi jauh’ selain meminta supaya keluarga masing-masing tidak bimbang.

Bagaimanapun, keluarga remaja terbabit sangsi nota serta SMS berkenaan ditulis dan dihantar oleh anak-anak mereka.

Difahamkan, keempat-empat remaja berkenaan sering ke sekolah bersama-sama dan tidak pernah lewat pulang ke rumah mereka di Taman Bandar Tasek Mutiara, dekat sini.

Namun, sehingga pukul 9 malam ini, kelibat mereka tidak kelihatan malah telefon bimbit keempat-empat pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasek Mutiara itu tidak dapat dihubungi.

Bapa kepada Chin Yuan dan Ee Xuan, Beh Chin Hooi memberitahu, kali terakhir dia melihat kedua-dua anaknya ialah sekitar pukul 7.15 pagi ketika mereka sedang bersiap-siap untuk ke sekolah.

“Kira-kira pukul 1.30 petang, saya terima panggilan dari jiran yang cemas bertanyakan anak saya kerana anaknya tidak pulang dari sekolah.

“Saya minta isteri ke sekolah tetapi diberitahu anak-anak saya tidak ke sekolah hari ini,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis bersama dua lagi keluarga remaja terbabit di ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) petang ini.

Chin Hooi berkata, Chin Yuan juga meninggalkan nota di dalam laci meja sekolahnya tetapi dia dan isteri berasa sangsi ekoran tulisan serta lenggok bahasa yang ditulis dalam nota itu agak meragukan.

Pemandu lori itu menambah, hubungan dia dan isteri dengan kedua-dua anaknya itu selama ini sangat baik dan tidak ada sebarang salah faham berlaku kebelakangan ini.

Bapa Shi Nee, Ong Chuat Hooi, 38, pula memberitahu, dia menerima SMS daripada anaknya itu kira-kira pukul 2 petang ini memaklumkan bahawa dia tidak akan pulang semula ke rumah.

“Saya cuba hubungi telefon bimbitnya (Shi Nee) tetapi tidak dijawab. Sehingga petang ini, talian telefonnya sudah tidak dapat dihubungi lagi,” tambahnya yang bimbang keselamatan anak sulungnya itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah SPS, Supritendan Shafien Mamat yang dihubungi mengesahkan laporan polis oleh keluarga remaja terbabit tetapi enggan mengulas lanjut./utusan

Rabu, 6 April 2011

Pelajar dakwa dirogol jiran?

KAMPUNG RAJA: Seorang pelajar Tingkatan Dua sebuah sekolah menengah di daerah ini mengadu dirogol oleh jiran sekampung di rumah neneknya di Kampung Lak Lok dekat Jertih antara Mac lalu hingga awal April ini. 

Timbalan Ketua Polis Daerah, DSP Nor Zainy Mohd Noor berkata, mangsa yang berumur 14 tahun itu mendakwa dia dirogol sebanyak dua kali oleh suspek berumur 18 tahun yang turut dikenali mangsa. 

Nor Zainy berkata, bapa mangsa juga mendakwa, anaknya didakwa dirogol sebanyak dua kali. 

Katanya, kedua-dua kejadian itu berlaku di rumah nenek mangsa ketika nenek mangsa pergi menunaikan solat di surau berdekatan. 

“Suspek dikatakan mengambil peluang ketika tiada orang di rumah itu dan pergi ke rumah nenek mangsa untuk melakukan perbuatan terkutuk itu. 

“Kejadian pertama didakwa berlaku Mac lalu manakala kali kedua pada Jumaat lepas apabila mangsa dipaksa melakukan hubungan seks kali kedua oleh suspek,” katanya. 

Nor Zainy berkata, bapa mangsa yang mengetahui kejadian itu kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Jertih, malam kelmarin. 

Suspek seorang pe-nganggur sudah dikenal pasti dan usaha menjejaki suspek giat dijalankan. 

Menurutnya, siasatan dijalankan melalui Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesala-han 

“Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan untuk pemeriksaan lanjut sebelum diambil keterangan lanjut berhubung kejadian terbabit,” katanya./sinarharian

Guru disamun depan rumah selepas pulang mengajar

TUMPAT: Igauan ngeri buat seorang guru perempuan apabila diacukan pisau oleh seorang lelaki tidak dikenalinya dalam kejadian samun di hadapan rumahnya sendiri menyebabkan kerugian RM1,200 di Kampung Jal Kechik, di sini, kelmarin. 

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa berusia 46 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan, hanya beg tangannya lesap disamun lelaki terbabit. 

Guru terbabit yang baru pulang daripada mengajar di sebuah sekolah di Pasir Mas meletakkan keretanya berhampiran rumahnya dan kemudian meluru ke arah peti surat. 

Ketika mangsa sedang berjalan ke arah pintu rumahnya, tiba-tiba terdengar orang memanggilnya, namun mangsa terus berlari untuk membuka pintu, tetapi gagal. 

Lelaki terbabit mengacukan pisau ke arah dadanya sebelum melarikan beg tangan mengandungi sejumlah wang tunai, kad bank, telefon bimbit dianggar bernilai RM1,200. 

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Khalid Munap, ketika dihubungi semalam berkata, mangsa membuat laporan di Balai Polis Cabang Empat, kira-kira jam 7.30 malam. 

Menurutnya, ketika kejadian itu mangsa mendakwa ternampak tiga lelaki berusia lingkungan 20-an menaiki motosikal jenis Honda EX5 dan Yamaha LC. 

Seorang daripada suspek terbabit katanya, turun daripada sebuah motosikal dan berpura-pura memanggil mangsa. 

“Mangsa yang ketika dalam ketakutan terus berlari ke arah pintu rumahnya, sebelum diacukan dengan pisau ke dadanya. 

”Sejurus selepas itu, suspek merampas beg tangan mangsa dan melarikan diri bersama dua lagi rakannya ke arah Kampung Banggol Tani,” katanya. 

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata. 

Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan diminta menghubungi di balai polis berdekatan atau di talian 09-7257222./sinarharian

Selasa, 5 April 2011

12 murid dakwa dicabul dua lelaki

KOTA TINGGI: Seramai 12 murid tahun lima dan enam sebuah sekolah di sini mendakwa dicabul dua lelaki yang mengendalikan sebuah kedai runcit berhampiran sekolah terbabit, sejak lima bulan lalu. 

Perbuatan terkutuk dua lelaki itu terbongkar setelah seorang daripada mangsa berkenaan melaporkan kejadian terbabit kepada guru sekolah. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Deputi Superintendan Muhammad Shamsuddin berkata, dua warga asing, berusia 21 dan 27 tahun itu, ditahan untuk membantu siasatan. 

Suspek dipercayai mengambil kesempatan mencabul murid terbabit sejak Oktober tahun lalu ketika mangsa membeli makanan ringan di kedai itu selepas tamat sesi persekolahan dan kelas tambahan. 

Muhammad berkata, berikutan aduan mangsa, guru sekolah terbabit telah mengumpulkan semua murid perempuan tahun lima dan enam untuk mengetahui kejadian sebenar. 

“Polis menerima laporan daripada pihak sekolah dan siasatan awal mendapati seramai 12 murid mendakwa pernah dicabul dua suspek itu sejak Oktober tahun lalu. Polis, dengan kerjasama guru, telah merekodkan percakapan mangsa. 

"Siasatan mendapati kejadian terakhir pada 15 Mac lalu,” katanya pada sidang media di sini, semalam. 

Menurutnya, suspek pertama berusia 21 tahun dan mengendalikan kedai runcit itu sejak 2007. 

Kedai itu dipercayai milik penduduk tempatan, tetapi disewakan kepada suspek terbabit. 

Seorang suspek lagi adalah pembantu kedai, berusia 27 tahun. Siasatan awal polis mendapati lelaki itu tidak mempunyai dokumen perjalanan sah./sinarharian

Isnin, 4 April 2011

Warga emas dihukum gantung


REAKSI Chin Hua ketika diiring keluar dari Mahkamah Tinggi Alor Setar atas kesalahan membunuh jirannya.

ALOR SETAR: Seorang warga emas dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam atas tuduhan membunuh jirannya dengan sebilah pisau di sini tujuh tahun lalu.
Hakim Datuk Zamani A. Rahim menetapkan keputusan itu selepas mendapati Lee Chin Hua, 68, gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah semasa memberi keterangan membela diri.
Tertuduh yang diwakili peguam, Chong Weng Kong dan Jamil Shafie tenang sebaik hukuman dijatuhkan.
Zamani dalam penghakiman lisannya berkata, keterangan Chin Hua semasa membela diri termasuk tujuh saksi bercanggah dengan keterangan saksi-saksi pendakwa dan bahan bukti dalam kes itu.
Antaranya beliau menolak keterangan tertuduh menyatakan dia menggunakan pisau tersebut untuk mempertahankan diri daripada dicederakan si mati, namun tiada laporan kecederaan ke atasnya.
"Tindakan tertuduh yang mengeluarkan sebilah pisau dan berkata, 'Kau mesti mati hari ini,' jelas membuktikan tertuduh berniat untuk membunuh," ujar Zamani lagi./kosmo